Wednesday, October 27, 2010

Salam Keusahawanan!!!

Bidang keusahawanan merupakan salah satu daripada sumber rezeki utama. Tidak dapat dinafikan bahawa ramai di kalangan umat Islam sendiri ingin menceburi bidang ini walaupun secara sambilan sahaja. Lebih-lebih lagi istilah Jihad Ekonomi mula bergema di arena dunia Islam yang mengajak kita sama-sama untuk menyertai ruang yang masih terbuka luas. Tidaklah menjadi pertikaian utama tentang hadis keusahawanan samada sahih atau dhaif. Apa yang penting kita mula mengorak langkah untuk sama-sama bersaing secara sihat dan menjadi pengeluar dan bukan pengguna semata-mata.

Sebahagian besar di kalangan kita berminat untuk menceburi bidang keusahawanan ini, namun samada tidak berpeluang, tiada modal, tiada garis panduan dan tidak kurang juga sering terkeliru di antara skim cepat kaya yang bertopengkan perniagaan dan perniagaan yang sebenar.

Kami di i-direktori yang merupakan salah sebuah direktori Keusahawanan Islam mengalu-alukan penyertaan Usahawan Muslim untuk sama-sama berkongsi dan mempromosi produk, perkhidmatan, laman web, kedai online serta apa-apa sahaja berkaitan perniagaan Islam khasnya. Sila e-mailkan kepada kami di islamicdirectory@gmail.com

Paling penting, dinasihatkan pastikan dulu tentang apa yang ingin dikongsikan agar tiada pihak yang akan tertindas dan tertipu. i-direktori tidak akan bertanggungjawab di atas segala penipuan, kekeliruan, salah faham dan kerugian yang dialami samada di pihak penjual mahupun pembeli dan siapa jua yang terlibat di dalam urusan jualbeli serta sebarang perkhidmatan yang disediakan. Segala iklan dan promosi serta pendapat yang diutarakan bukanlah menjadi pandangan peribadi i-direktori.